Monday, December 31, 2007

IQ atau EQ penentu kejayaan??

Yang manakah akan menentukan kejayaan.Meski pun kecerdasan minda(IQ) adalah penting dalam akedemik dan pembelajaran tetapi 80% kejayaan seseorang di dunia ini adalah sangat bergantung kepada kecerdasan (EQ).Mungkin ada dikalangan pembaca yang sama sekali tidak bersetuju dengan pernyataan saya,baik saya minta anda baca dulu artikel saya sehingga habis kemudian baru anda buat kesimpulan.
Sekian lama dari kecil hinggalah dewasa kita selalu menerima nasihat samada dari keluarga atau kawan supaya belajar rajin-rajin supaya dapat ijazah,master mahupun PHD, tetapi pernyataan itu tidak relevan sekarang!!Jangan terkejut,buktinya lihatlah betapa ramai mahasiswa dan mahasiswi yang tamat pengajian dan mendapat segulung ijazah susah mendapat kerja bertambah parah menjadi penggangur sepenuh masa, padahal di universiti dahulu ada yang cemerlang dalam akademik,mendapat anugerah dekan setiap semester.Tetapi apabila mereka keluar bekerja ia umpama “indah khabar dari rupa!”.
Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan sekalian kecerdasan dan kepandai dalam akademik sahaja tidak mencukupi.Cubalah anda lihat Bill Gates,Warren Buffet,Michael Dell,Lim Goh Tong dan ramai lagi yang seangkatan dengan mereka yang keciciran universiti malah ada yang tidak tahu langsung membaca!! Malahan dikalangan orang-orang terkaya didunia dan berjaya terdiri dari mereka yang tidak mempunyai ijazah,diploma atau phd.Hakikat hidup telah membuktikan ramai orang yang cemerlang dalam hidup bukanlah terdiri daripada orang-orang yang cemerlang akademik sewaktu dalam alam persekolahan..
Walaupun saya tidak menafikan kecemerlangan akademik pasport untuk mendapat pekerjaan yang baik, hakikat sebenarnya kecemerlangan emosi lebih mengatasi.Cubalah kita lihat situasi sekarang,ramai pelajar-pelajar yang cemerlang akademik apabila habis sahaja belajar dan mendapat ijazah, mereka hanya menjalani kehidupan seperti orang biasa.
Saya sendiri melihat pensyarah saya yang mempunyai Diploma dalam Statistik dan kemudian mempunyai ijazah dalam computer hanya hidup seperti orang-orang biasa,pada mulanya saya ingat sekiranya dia mempunyai diploma dan ijazah mereka pasti akan hidup senang kerana mendapat gaji yang tinggi,nampaknya jangkaan saya meleset apabila pada suatu hari saya melihat dia hanya mempunyai sebuah kereta proton yang buruk dan lama,kini dia mengajar sambil belajar jarak jauh untuk mengambil master.
Sebenarnya mereka yang cemerlang seperti ini mempunyai ilmu tetapi mereka tidak tahu bagaimanakah untuk mengorganisasikan ilmu tersebut bagi mendapat kekayaan.Ilmu ini ia hanya kuasa potensi sahaja dan sekiranya ia tidak diorganisasikan dan digunakan ia tidak membawa apa-apa makna dan tidak dapat menarik kekayaan.
Saya juga mempunyai seorang kawan yang tidak mempunyai segulung ijazah kerana dia tidak dapat melanjutkan pelajaran kemana-mana pusat pengajian tinggi,hanya sekadar mempunyai sijil spm sahaja.oleh kerana tidak bijak dalam pelajaran dia sering diejek oleh rakan-rakan kerana pada pemikiran semua orang bahawa sesiapa tidak lulus dan gagal dalam akademik tidak mempunyai masa depan yang cerah.Jadi Kawan saya ini Badri(bukan nama sebenar) mengambil keputusan untuk bekerja disalah sebuah syarikat yang membuat sistem keselamatan.Selama setahun dia bekerja dia cuba belajar seberapa banyak ilmu dalam system keselamatan,sehinggakan dia menjadi mahir.Tetapi baginya dia tidak mahu selama-lamanya bekerja dan menjadi kuli orang.Jadi dia mengambil keputusan untuk berhenti dan membuka syarikat sendiri dengan bermodalkan RM900 hasil menjual motosikal buruk ayahnya,apabila keluarganya mengetahui dia berenti kerja seluruh keluarga dan termasuk la isterinya sendiri marah kerana dalam era sekarang ini untuk mendapat pekerjaan adalah susah.
Tetapi dia berkata pada saya yang dia bertekad dan mahu menjadi seorang jutawan muda pada satu hari nanti,sehinggakan setiap hari apa yang ada dalam fikiranya ialah untuk berjaya menjadi seorang jutawan,akhirnya dalam masa dua tahun sahaja dia mencapai cita-citanya.Semua matlamat yang diapernah kata kepada semua dia telah capai.Gajinya sebulan tidak pernah kurang dari 50ribu.Saya amat kagum dengan dia,dia sendiri pernah memberi nasihat kepada saya “Untuk berjaya IQ bukan la segala-galanya yang penting adalah EQ”.Saya terkejut mendengar dia berkata begitu kerana apa yang saya tahu dia hanyalah lulusan spm.Apa yang penting saya ingin sampaikan ialah untuk berjaya kita perlulah menetapkan matlamat,bukan hanya difikiran tetapi dengan menulis diatas kertas.Kerana apabila setiap hari kit abaca matlamat kita ia akan lekat di subconciusmind kita dan subconciusmind akan mencari peluang-peluang untuk merealialisasikan impian kita.